Sunday, September 6, 2015

LANGLAH MULA BISNES DI INSTAGRAM

NAK BISNES DI INSTAGRAM KE ?

Lepas facebook,sekarang ramai dah beralih ke instagran pula. Ramai kawan-kawan dah ada instagram. Kalau bisnes boleh laku ni.

Tapi mana nak mula?

Ini saya kongsikan beberapa hasil kajian dan "eksperimen" saya.

1. Nama Instagram Yang Ringkas

Tak perlu tulis nama penuh anda atau nama penuh perniagaan anda macam dalam kad pengenalan. :-)

Seeloknya,pilihlah nama yang RINGKAS,MUDAH DISEBUT & DI INGAT. Kalau kita tengok trend pasaran sekarang suka guna nama dengan 2 hingga 3 suku kata.

Cth: ZAWARA, LAZADA, etc.

Kenapa?

Senang di sebut,mudah di ingat dan juga nampak ekslusif. Nama yang terlalu panjang menyusahkan pelanggan untik ingat dan menyusahkan kita nak buat marketing.

Nama yang simple juga akan mudahkan pelanggan bila mereka nak mention atau direct messages kita di instagram.

    [@ininamakedaisaya vs @kedaiku ]

2. "Edit Your Profile"

"First impression bakal pelanggan anda"

Jangan ambil mudah bahagian ini sebab ini bahagian pertama yang orang akan baca bila buka instagram anda.

Tapi kena ingat, bahagian ini ada limit perkataan yang dibenarkan. Jadi,seeloknya gunakan ayat yang pendek dan ringkas.

Gunakan juga icon, emoji atau simbol untuk nampak lebih menarik. Yang penting keep it simple.

3. Nombor Telefon, Whatsapp Atau Mesej

Biasanya pelanggan di instagram lebih suka untuk whatsapp atau mesej kita berbanding "pm".

Jadi anda boleh tinggalkan no contact anda di ruangan profile anda.

Mungkin disebabkan instagram sendiri masih belum ada personal chat room untuk pelanggan bertanya (macam masengger dekat fb), jadi mereka lebih selesa untuk whatsapp anda.

Jadi,jangan lupa tinggalkan no contact anda.